Usah kompromi integriti dalam konteks pertahanan - Khaled Nordin

Iklan
Mohamed Khaled semasa berucap pada Sambutan Hari Integriti 2024 Kementerian Pertahanan Malaysia di Wisma Pertahanan Malaysia, pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Integriti adalah suatu yang tidak boleh dikompromikan apatah lagi dalam konteks pertahanan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurutnya, ketirisan, pecah amanah dan masalah integriti akan meruntuhkan sesebuah tamadun atau ketumbukan ketenteraan.

Iklan
Iklan

"Banyak peristiwa yang dirakam oleh sejarah menunjukkan betapa biar sekuat dan sekukuh mana pun sesebuah tamadun atau ketumbukan ketenteraan, ketirisan, pecah amanah dan masalah integriti akan meruntuhkannya.

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali.

Iklan

Mengulas lanjut, kata Mohamed Khaled, ketiadaan integriti didorong dengan keinginan untuk mendapatkan lebih daripada yang selayaknya.

Mohamed Khaled melaksanakan simbolik sempena Sambutan Hari Integriti 2024 Kementerian Pertahanan Malaysia di Wisma Pertahanan Malaysia, pada Selasa.

Iklan

Jelasnya, integriti adalah tentang sikap dan sifat manusia.

"Ketiadaan integriti selalunya didorong oleh keinginan mendapat lebih daripada yang selayaknya yang didorong ketamakan dan ketiadaan pemahaman yang betul tentang kuasa dan amanah selain kemahuan pada kesenangan serta keselesaan tanpa menghiraukan tentang kesan buruk yang akan diterima oleh organisasi," ujarnya.

Beliau berkata, perlu disedari bahawa amanah yang dikhianati, tanggungjawab yang diabaikan dan sistem kerja yang terpalit dengan pelbagai keculasan akan merugikan semua pihak.

"Bertitik tolak dari kesedaran tersebut, pelbagai aktiviti kesedaran, pencegahan dan program turun padang akan terus diperkasakan di kementerian ini.

"Malah, untuk tahun 2025, saya harap sesi pengukuhan nilai integriti dalam warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan digerakkan dengan lebih berkesan dan menyeluruh," katanya.

Tegasnya, selaras dengan komitmen ke arah meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam, satu Jawatankuasa Pemantauan Penambahbaikan Penyampaian Perkhidmatan (JP4) Peringkat Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan pada 23 Ogos lalu selari dengan amanat Perdana Menteri yang menekankan bahawa proses kerja sedia ada perlu ditambah baik bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam adalah menepati kehendak pelanggan.