Anak lapor polis selepas simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku sejak 2021

Iklan
Polis temui mayat seorang wanita yang disimpan dalam peti sejuk beku selepas dipercayai dibunuh oleh anaknya sejak 2021 di sebuah rumah di Jalan Klang Lama pada Selasa.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Polis menemui mayat seorang wanita yang disimpan dalam peti sejuk beku (freezer) selepas dipercayai dibunuh oleh anaknya sejak 2021 di sebuah rumah di Jalan Klang Lama di sini pada Selasa.

Menurut sumber, anak lelaki mangsa yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan maklumat awal, suspek turut berada bersebelahan peti sejuk beku berkenaan ketika polis tiba di lokasi kejadian," katanya.

Pada masa ini sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields masih menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.