[VIDEO] Sebar Ajaran Cahaya, suri rumah dipenjara sebulan, denda RM2,500

Iklan

SEREMBAN - Seorang suri rumah dipenjara satu bulan dan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa atas pertuduhan mengajar ajaran salah dengan mengatakan berpelukan bukan mahram dibenarkan serta bersubahat menyampaikan ajaran itu.

Hakim, Zulfikri Yasoa menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Noridayu Hashim, 42, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan dibacakan.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati telah mengajar ajaran salah kepada seorang wanita berusia 59 tahun dan seorang lelaki 65 tahun yang berlawanan dengan hukum syarak iaitu dengan menganjurkan dan menyatakan yang berpelukan berbeza jantina dan bukan mahram adalah dibolehkan kerana kumpulan Ajaran Cahaya adalah malaikat dan tidak mempunyai nafsu.

Kesalahan itu dilakukan antara bulan September 2023 hingga bulan Disember 2023 di sebuah rumah di Kampung Sungai Dua Besar, Kuala Pilah.

Iklan
Noridayu ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah di Seremban.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Iklan

Tertuduh dalam rayuannya memohon maaf atas kesalahan dilakukan dan telah insaf serta tidak akan mengulanginya lagi.

Dia memohon dikenakan hukuman ringan kerana suaminya tidak lagi bekerja dan mereka perlu menanggung empat orang anak.

Pendakwa Syarie, Abdul Wafi Ramli memberitahu kesalahan dilakukan tertuduh boleh dianggap kritikal pada waktu ini apabila bermacam-macam ajaran salah yang telah wujud.

"Ini menunjukkan mudarat yang besar telah berlaku dan kita diperintahkan untuk memelihara kesucian agama Islam.

"Melihat kepada tren hukuman-hukuman dikenakan kepada pesalah sebelum ini lebih kepada hukuman penjara dan saya merasakan hukuman itu perlu dikekalkan bagi menyekat kesalahan itu terus berulang," katanya.

Noridayu dipenjara satu bulan dan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Seremban pada Selasa.

Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,500 manakala bagi pertuduhan kedua denda RM1,000.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara tambahan sebulan bagi setiap pertuduhan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mengikut fakta kes, tertuduh dalam satu perjumpaan kumpulan cahaya telah menyatakan untuk berbuat sesuatu perbuatan yang berlawanan dengan hukum syarak iaitu memeluk seorang lelaki berusia 65 tahun ketika hendak bersurai.

Bagaimanapun lelaki itu tidak membenarkan perbuatan tersebut, tetapi tertuduh memberitahu 'kita ini malaikat, tidak mempunyai nafsu'.