'Tiba masanya Mahkamah Syariah diperluas kepada empat peringkat' - Sultan Pahang

Iklan
Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat MUIP Ke-193 pada Selasa.

KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah shah bertitah supaya Mahkamah Syariah di negeri ini diperkasakan demi keadilan dan kesejahteraan ummah.

Baginda bertitah, sudah tiba masanya Mahkamah Syariah di negeri ini diperluaskan kepada empat peringkat dengan mewujudkan peringkat tambahan iaitu Mahkamah Utama Syariah.

Iklan
Iklan

"Mahkamah Utama Syariah akan berfungsi mendengar rayuan dan semakan kes dari Mahkamah Rayuan Syariah.

"Justeru saya berharap pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri dan Jabatan Kehakiman Syariah Pahang dapat bekerjasama ke arah itu.

Iklan

"Persiapan dari sudut penggubalan dan pindaan undang-undang penting agar cadangan ini dapat dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada titah diraja sempena Mesyuarat MUIP Ke-193 di sini pada Selasa.

Iklan

Al-Sultan Abdullah turut bertitah, undang-undang syariah yang digunapakai di Pahang juga perlu disemak dan ditambah baik secara berkala serta dilaksanakan secara konsisten.

"Setiap pembaharuan perlu selari dengan perkembangan semasa dan berdaya menangani isu-isu terkini yang timbul dalam masyarakat," titah baginda.