'Rasa syukur sangat selepas banyak hari bersedih, tidak boleh tidur'

Iklan
Saharah (kiri) bersama Ummul Ayuni yang dilaporkan hilang sejak 9 November lalu.

MARAN - [DIKEMAS KINI] Ibu kepada remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 9 November lalu bersyukur selepas pihak polis pada Selasa melaporkan Ummul Ayuni Atiqah Mohd Khamis,15 dari Kampung Paya Chedung di sini dipercayai berada di sebuah negeri di utara Semenanjung.

Bagaimanapun Saharah Mazlan, 39, berkata, setakat ini sehingga jam 12.30 tengah hari pada Selasa, dia belum menerima maklumat mengenai penemuan anak ketiga daripada enam beradik itu.

Iklan
Iklan

"Buat masa ini belum terima panggilan pihak polis tapi bila ketahui menerusi laporan media rasa sangat bersyukur selepas banyak hari bersedih, tidak boleh tidur, makan kenangkan nasib anak.

"Harapan saya buat masa ini hanya dia pulang dengan selamat pulang ke pangkuan keluarga walaupun terkejut jauh juga dia sampai ke sana," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Iklan
Saharah akui tidak dapat tidur, makan selepas sedih memgenangkan nasib anaknya.

Sebelum itu, media melaporkan pada Selasa, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman memberitahu pihaknya sedang menjejaki lokasi Ummul Ayuni selepas dipercayai remaja itu berada di sebuah negeri di utara Semenanjung.

Ujarnya, memang berlaku perselisihan kecil bersama kakak remaja itu yang memintanya membuang sampah menyebabkannya merajuk pada hari kejadian sebelum menyedari kehilangan Ummul Ayuni kira-kira jam 2 petang.

Iklan

Laporan polis kemudiannya dibuat sehari kemudian oleh Saharah dan pihak polis Maran memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan remaja terbabit.