Ketua Tenaga Pengajar Pusat Pemulihan Orang Kurang Upaya Kelantan (Proka) Mohamad Hassan (kanan) memantau peserta Orang Kurang Upaya (OKU) melakukan kerja-kerja pertukangan bagi penghasilan perabot kayu ketika ditemui pemberita di Proka Bachok dekat Kampung Aur Telong hari ini.
Proka Bachok telah menghasilkan lebih 50 jenis perabot berasaskan kayu bagi membantu golongan terbabit meningkatkan kemahiran sekali gus menjana pendapatan ekonomi. Foto Bernama