Laluan di NKVE ditutup akibat tanah mendap

Iklan
Lorong kecemasan dan separuh lorong kiri di KM18.6 NKVE arah selatan ditutup sementara akibat tanah runtuh. (Gambar kecil: Shahrulnizam)

PETALING JAYA - Polis mengesahkan lorong kecemasan dan separuh lorong kiri di Kilometer (KM) 18.6 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) arah selatan ditutup sementara bagi kerja-kerja pembaikan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penutupan sementara itu dibuat ekoran insiden tanah mendap di lokasi. tersebut.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu sekitar jam 11 pagi pada Selasa.

"Sehubungan itu, pihak polis memohon semua pengguna jalan berkenaan untuk merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Selain itu menurut beliau, pihak polis juga menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa peka dan berhati-hati semasa melalui laluan tempat kejadian.

Tambahnya, orang ramai juga diminta mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

Iklan