Cubaan pembantu restoran seludup dadah terbongkar

Iklan
Hussein dalam sidang akhbar di IPK Selangor, pada Rabu. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB

SHAH ALAM - Tindakan seorang pembantu restoran menyeludup dadah dipercayai untuk pasaran Sabah terbongkar selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), pada Khamis.

Suspek yang dipercayai melakukan kegiatan sama sekitar September lalu itu ditahan sepasukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA bersama Polis Bantuan MAHB KLIA 2.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berumur 23 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.30 pagi ketika urusan pendaftaran masuk bagasi.

"Pemeriksaan melibatkan bagasi milik suspek menemukan dadah jenis syabu seberat lapan kilogram bernilai RM257,300.

Iklan

"Siasatan mendapati sindiket mengupah suspek untuk membawa dadah berkenaan serta diberikan tiket penerbangan dua hala dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pada Rabu.

Katanya, selain suspek, sindiket turut mengupah seorang lagi individu untuk membawa dadah ke Sabah.

Iklan

"Bagaimanapun individu terbabit berjaya ditahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) susulan laporan maklumat diberikan Polis Selangor kepada Polis Sabah.

"Sindiket dipercayai upah untuk melakukan kegiatan ini dibayar sebanyak RM5,000 bagi setiap urusan dijalankan," katanya.

Menurutnya, suspek turut didapati memiliki enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

"Suspek berstatus bujang itu turut didapati positif dadah menerusi saringan yang dijalankan.

"Suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Sekyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.