Suspek bunuh dua beranak dituduh di hospital esok

Iklan
Laporan Sinar Harian

GEORGE TOWN - Suspek yang membunuh dua beranak di hadapan sebuah lif pangsapuri di Lengkok Angsana, Bandar Baru Farlim di sini akan dituduh pada jam 9 pagi, Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, suspek berusia 32 tahun itu akan dituduh di Hospital Pulau Pinang (HPP) memandang dia masih dirawat berikutan cedera selepas mengelar dan menikam dirinya sendiri dalam kejadian itu.

Iklan
Iklan

"Polis berjaya melengkapkan siasatan kes bunuh berprofil tinggi ini dalam masa enam hari sahaja sehingga menghasilkan pertuduhan terhadap suspek bunuh ini esok.

"Pertuduhan akan dibuat di HPP," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Khamis lalu, Dalam kejadian pada petang Khamis, seorang wanita, Siti Zulaila Zulkifli, 30, dan bapanya, Zulkifli Ibrahim, 62 maut selepas ditikam seorang lelaki di hadapan lif di sebuah pangsapuri di Lengkok Angsana, Bandar Baru Farlim pada jam 12.54 tengah hari, Khamis lalu.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Iklan

Suspek seorang pekerja kilang yang mengalami kecederaan selepas mengelar dan menikam dirinya sendiri berjaya ditahan.

Suspek kemudian dirawat di HPP dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil direman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu hingga 14 November.

Hasil siasatan polis, cinta tidak berbalas merupakan punca pembunuhan dua beranak tersebut.

Suspek mempunyai perasaan terhadap Siti Zulaila namun mangsa menolaknya.

Akibat tidak berpuas hati, suspek bertindak menikam mangsa dan bapanya sehingga mati dipercayai menggunakan senjata tajam.