Lelaki ditemukan lemas ketika keluar cari siput

Iklan
Mayat Shaarani Ghazali, 32, ditemukan terapung oleh orang awam lebih kurang 10 meter dari titi nelayan berkenaan. Foto hiasan

ALOR SETAR - Seorang nelayan ditemukan lemas berhampiran Titi Nelayan Kampung Bukit Malut, Langkawi hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mayat Shaarani Ghazali, 32, ditemukan terapung oleh orang awam dalam keadaan tidak berbaju dan berseluar hitam, lebih kurang 10 meter dari titi nelayan berkenaan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, polis menerima maklumat mengenai penemuan satu mayat lelaki yang terapung pada 10.45 pagi tadi berserta plastik berisi siput pada badan mangsa.

"Adik mangsa yang berada di lokasi kejadian telah mengesahkan identiti mangsa dan memaklumkan abangnya keluar dari rumah kira-kira 7 malam untuk mencari siput yang juga rutin harian mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Iklan

Menurut adik mangsa, abangnya mempunyai penyakit sawan dan kali terakhir mendapatkan rawatan adalah pada 2017 di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.

"Pemeriksaan awal ke atas mayat tidak menemukan sebarang kesan kecederaan berunsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematiannya. Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha Langkawi untuk proses bedah siasat,” katanya.

Iklan

Shariman berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Bernama