Final Piala Presiden: Selangor FC tekad pamer aksi lebih mantap

Iklan
Kesebelasan utama kemungkinan yang akan diturunkan Selangor FC ketika bertemu JDT III dalam aksi Final 2 Piala Presiden pad Rabu - Foto: FB Johor Southern Tigers

BIARPUN ketinggalan 1-2, namun kesebelasan Selangor FC bertekad memperagakan beraksi lebih mantap sebagaimana dipamerkan ketika babak kedua dalam aksi final 1, Piala Presiden di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ketika turun berdepan JDT III pada aksi Final 2 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) pada Rabu.

Pengendali Skuad Merah Kuning itu, Muhammad Firdaus Aziz berkata, kesebelasan pemain dilihat beraksi lebih baik pada babak kedua berbanding babak pertama hingga mengubah keputusan perlawanan.

Iklan
Iklan

"Kami akan cuba beraksi sebagaimana aksi di separuh masa kedua aksi Final 1 lalu di mana pada babak pertama kami agak kurang disiplin, tetapi di babak kedua pemain mula bangkit dan momentum itulah yang kami cuba ke sini.

"Dari segi persiapan pula, rata-rata pemain dilihat bersemangat dan memberikan komitmen terbaik menjelang perlawanan kali ini," katanya pada sidang akhbar menjelang aksi Final 2, Piala Presiden 2024 pada Selasa.

Iklan

Untuk rekod, kali terakhir, skuad Merah Kuning itu muncul juara pada musim 2017 lalu.

Sementara itu, kapten Selangor FC, Danish Irfan Ezal mengharapkan kesebelasan pemain yang diturunkan dapat menangani tekanan diberikan pihak lawan sepanjang perlawanan itu nanti.

Iklan

Bagaimanapun katanya, dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku dan pemain perlu bersedia di sepanjang 90 minit perlawanan.

"Sekali lagi syukur kita ada di final kedua, tapi kita tak boleh selesa... dalam bola sepak apa sahaja boleh terjadi.

"Tekanan itu perkara biasa, yang penting pemain tak boleh rasa selesa dan perlu berikan 200 peratus di sepanjang perlawanan," katanya.