Pemain JDT III perlu berikan aksi terbaik

Iklan
Kapten JDT III, Irfan Shah (kiri) bersama ketua jurulatih, Gonzalo Sanz Zaballos dan kapten Selangor FC, Danish Irfan Ezal bersama ketua jurulatih, Muhammad Firdaus Aziz pada sidang media menjelang aksi final ke-2, Piala Presiden di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, pada Selasa.

PENGENDALI JDT III, Gonzalo San Zaballos mahu kesemua pemain beraksi sebaik mungkin dalam usaha memastikan kejayaan pada aksi Final ke-2, Piala Presiden 2024 berdepan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), pada Rabu.

Menurutnya, perkara berkenaan penting sebagaimana aksi yang dipamerkan pada aksi Final 1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), 6 November lalu.

Iklan
Iklan

"Perlawanan kali ini ibarat aksi di 'separuh masa kedua' di mana semua pemain perlu berusaha keras untuk menyempurnakan tanggungjawab (permainan).

"Tiada istilah 'pemain harapan' atau 'ayam tambatan' dalam pasukan ini kerana kesemua pemain adalah penting dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Iklan

"Oleh itu, pemain diharap dapat mengekalkan sikap dan menikmati setiap detik perlawanan ini dalam usaha melakar kejayaan yang diharap-harapkan," katanya.

Untuk rekod, JDT III menang 2-1pada aksi Final 1, di Stadium MBPJ 6 November lalu.

Iklan

Selaku juara bertahan, JDT III dilihat berpeluang untuk melakar hatrik kali ini setelah melakukannya pada musim 2022 dan 2023.

Sementara itu, Kapten JDT III, Irfan Shahkimi berkata, dia dan rakan-rakannya akan cuba memberikan aksi terbaik sekali gus membuka peluang untuk melakar juara buat kali ketiga berturut-turut.

"Alhamdulillah, pusingan pertama kita menang di MBPJ, di MBPG esok (Rabu), kita akan cuba sedaya upaya dan lakukan yang terbaik untuk malam esok," katanya.