'Hanya individu paranoid tolak usul undi percaya PM'

Iklan
Dr Ahmad Samsuri menjawab soalan media ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Anugerah empower ECER Terengganu di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini hari ini.

KUALA NERUS - Hanya individu yang paranoid akan menentang usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan dibentangkan parti itu di Parlimen bulan depan, kata Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ahmad Samsuri berkata, Pas tetap konsisten dengan pendirian menyokong kepimpinan Dr Mahathir sebagai ketua negara sehingga penggal pemerintahan berakhir.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dakwaan bahawa usul undi percaya itu sebagai usaha Pas untuk memecahbelahkan Pakatan Harapan (PH) adalah tafsiran pihak yang paranoid terhadap isu berkenaan.

"Hanya orang paranoid dan takut kepada bayang-bayang sahaja cuba alih isu ini yang nyata PM adalah orang yang jalankan tugas pada waktu ini.

Iklan

"Kita konsisten bahawa Perdana Menteri mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk membawa negara keluar dari keadaan sebelum ini kepada yang lebih baik. Kalau sekejap-sekejap hendak tukar pemandu, perjalanan mungkin entah ke mana. Jadi lebih baik teruskan perjalanan dengan pemandu sama," katanya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO belum buat keputusan usul undi percaya kepada Dr Mahathir

Iklan
Undi percaya: Dr Mahathir ucap terima kasih kepada Pas

Usul undi percaya bertepatan dengan keadaan terkini politik

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Anugerah empower ECER Terengganu di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini hari ini.

Dr Ahmad Samsuri turut menafikan penglibatan Pas dalam Pakatan Nasional sebagaimana yang digemburkan pihak tertentu sebaliknya parti itu kekal bekerjasama dengan UMNO melalui Muafakat Nasional.

Katanya, sokongan kepada Perdana Menteri juga tiada kaitan dengan dakwaan kononnya Pas terikat kerana menerima dana dari Kerajaan Persekutuan.

"Undi percaya bagi mana-mana pihak dalam Parlimen kepada PM adalah perkara yang tidak pelik untuk memberi keyakinan Perdana Menteri meneruskan kerja (kerana) sekarang ini kita banyak dengar ada pihak bercita-cita nak jadi PM sehingga timbul istilah PM tepi dan sebagainya," katanya.