Suami boleh lebihkan ibu, namun perlu penuhi dua syarat

Iklan
ANAK lelaki perlu dahulukan ibu bapanya ketika dia bujang namun perlu dahulukan isteri dan anak-anak selepas berkahwin tanpa meninggalkan tanggungjawab terhadap ibu bapa. Foto CANVA

SERING kedengaran kisah dalam masyarakat seorang suami bergaduh dengan isteri kerana lelaki itu melebihkan ibunya dalam pelbagai perkara.

Alasan yang sering digunakan adalah anak lelaki bertanggungjawab menjaga ibunya sampai mati.

Iklan
Iklan

Ada benarnya ungkapan tersebut, lebih-lebih lagi ada hadis yang menyebut mengenai kemuliaan ibu sehingga syurga berada di bawah kedua-dua kakinya, berdasarkan hadis riwayat Muawiyah bin Jahimah as-Salami, dia berkata:

"Jahimah pernah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: ‘Wahai Rasulullah SAW, aku ingin pergi berjihad dan sesungguhnya aku datang kepada kamu untuk meminta pendapatmu.’ Baginda bertanya: ‘Apakah kamu masih mempunyai ibu?’ Dia menjawab: ‘Ya, masih ada.’ Baginda bersabda: ‘Hendaklah kamu tetap berbakti kepadanya, maka sesungguhnya syurga itu di bawah kedua-dua kakinya’.” (Hadis Riwayat An-Nasai)

Iklan

Persoalannya, benarkah seorang suami boleh melebihkan ibunya berbanding isterinya sendiri?

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus terlebih dahulu menjelaskan, seorang suami tidak boleh meletakkan isterinya di sebuah rumah yang mana isterinya itu tidak senang tinggal di dalam rumah itu.

Iklan

USTAZ AZHAR IDRUS

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, tiga tanggungjawab utama suami terhadap isteri adalah menyediakan makan minum, pakaian dan rumah.

"Contohnya di rumah itu ada kakak suami dan dia merupakan musuh isterinya serta selalu berbalah. Maka berdosa suami bawa isteri tinggal di rumah itu kerana ada musuh isterinya,” jelasnya melalui video soal jawab di YouTube miliknya baru-baru ini.

Menurut Ustaz Azhar, ada suami beranggapan semua perkara kena ikut telunjuknya namun perkara itu sebaliknya di dalam Islam apabila ada perkara kena sama adil dan ada pula perempuan dilebihkan daripada lelaki.

"Contohnya abang suami bermusuh dengan isteri dan berkelahi. Suami janganlah bawa abang ini ke rumah kerana isteri tidak suka, maknanya cubalah jumpa abang di luar rumah dan isteri tidak boleh melarangnya.

WAJIB bagi suami untuk menyediakan rumah yang senang bagi isterinya mendiami dan ia termasuk dalam nafkah suami kepada isteri. Foto CANVA

"Ikhtiarkan sambung silaturahim dengan abang tadi di tempat lain kerana hubungan (adik-beradik) itu tidak boleh putus. (Jadi), kena jaga sungguh-sungguh hati pasangan.

"(Namun ia tertakluk) pada perkara yang benar sahaja. Kalau nak jaga hati isteri sampai buang semua saudara itu salah,” jelasnya.

Berbalik kepada kes melebihkan ibu, jika sayang ibu dan nak bagi wang kepadanya, jangan sampai isteri tahu dan jangan lakukannya di hadapan isteri, katanya.

JAGALAH hati pasangan masing-masing termasuklah dalam menerima tetamu yang tidak disukai salah seorangnya. Foto CANVA

Sementara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, seorang wanita yang telah berkahwin wajib mentaati suaminya tanpa membelakangkan ibu dan bapanya.

"Jika arahan tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kepada ibu dan bapa seperti isteri tidak dibenarkan untuk memberi bantuan kewangan kepada ibu dan bapanya yang miskin dalam keadaan dia mampu atau tidak dibenarkan untuk menjaga ibu dan bapa yang sakit kritikal sedangkan tiada orang lain yang boleh menggantikannya maka dalam keadaan ini isteri boleh untuk tidak mentaati suaminya," katanya dalam artikel Irsyad Hukum Siri ke-808: Mana yang perlu didahulukan ibu dan bapa atau suami?