MPKL roboh struktur haram di Bandar Saujana Putra

Iklan
MPKL melaksanakan operasi perobohan pada Selasa.

KUALA LANGAT - Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) melaksanakan kerja perobohan struktur haram atas tanah rizab Jalan SP 6/3, Bandar Saujana Putra (BSP) di sini selepas dua tahun.

MPKL memaklumkan, berdasarkan fakta kes, struktur bangunan itu mula dibina pada 2022 dan Pejabat Cawangan Bandar Saujana Putra telah mengeluarkan notis amaran pada tahun sama.

Iklan
Iklan

Menurutnya, notis berikutnya telah dikeluarkan pada tahun ini untuk orang kena saman (OKS) memindahkan struktur tersebut dalam tempoh ditetapkan.

"OKS gagal melaksanakan arahan notis tersebut dan satu operasi perobohan dibuat pada Selasa.

Iklan

"Operasi perobohan ini mendapat arahan daripada Ketua Cawangan BSP, Kamazulsaliza Kamarulzaman dan diluluskan oleh MPKL.

"Operasi bermula jam 9 pagi bersama anggota penguat kuasa Pejabat Cawangan Bandar Saujana Putra dan Jabatan Penguatkuasaan MPKL," menurut kenyataan dikeluarkan pada Selasa.

Kerja perobohan dilakukan selepas dua notis dikeluarkan MPKL dalam tempoh dua tahun tidak diendahkan OKS.

Iklan

Katanya, operasi tamat jam 2 petang tanpa sebarang sitaan dan juga tanpa kompaun dikeluarkan.

Ujarnya, struktur bangunan tersebut telah dirobohkan menggunakan jentera Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran (JPSPKP) selain kawalan keselamatan oleh dua anggota polis Balai Polis BSP.

Sementara itu, Yang Dipertua MPKL, Mohd Hasry Nor Mohd menasihatkan individu atau pemilik kediaman yang membina sebarang struktur pembinaan haram agar mengikut arahan dikeluarkan MPKL.

"Ia bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang dan boleh dibawa ke mahkamah.

"Pada masa sama, masyarakat diingatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan sedia ada seperti ditetapkan oleh MPKL," katanya.