Ternak ikan tilapia guna teknologi Rapid Biofloc

Iklan
Ahmad Ramzi (lima dari kiri) ketika program pelepasan anak ikan tilapia di Kampung Gong Mak Som, di Besut pada Selasa.

BESUT - Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi Madani) akan melaksanakan ternakan ikan tilapia menggunakan teknologi Rapid Biofloc menerusi 170 projek ternakan melibatkan kawasan kampung seluruh Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMT Jaya Holdings Sdn Bhd, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir berkata, setakat ini dua projek telah dilaksanakan di Kampung Padang Mengkuang di Marang dan di Kampung Gong Mak Som, Besut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, projek itu dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) serta Jabatan Pembangunan Persekutuan.

"Ikan tilapia ini diternak di dalam kanvas dan anak benihnya juga tahan lasak daripada jangkitan penyakit dan perubahan cuaca.

Iklan

Beliau ditemui pemberita sempena program pelepasan anak ikan talapia di Kampung Gong Mak Som, di sini pada Selasa.

Ahmad Ramzi (kiri) melihat pelan pembangunan projek sempena program pelepasan anak ikan tilapia di Kampung Gong Mak Som di Besut.

Jelas beliau, projek tersebut sejumlah RM100,000 peruntukan yang disalurkan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan.

Iklan

Katanya, ia mampu memberi pulangan sebanyak RM40,000 dengan jangkaan pengeluaran sebanyak empat tan ikan tilapia untuk setiap tuaian dalam tempoh enam bulan.

"Kita akan memberi latihan, peralatan serta anak benih ikan tilapia kepada penduduk kampung yang terlibat.

"Dua orang pegawai juga akan ditugaskan untuk mengajar dan memantau bagi menjayakan projek tersebut dengan pengeluaran yang memaksimumkan dalam tempoh enam bulan.

"Kita juga akan membeli balik ikan tersebut selepas dituai dan akan memasarkannya ke seluruh negara melalui pihak-pihak yang terlibat," katanya.