Nasib berbeza dua beregu negara

Iklan
Nur Izzuddin (kiri) dan Sze Fei akan menentang satu lagi pasangan negara dalam saingan pusingan kedua Masters Jepun di Kumamoto pada Khamis. Foto Agensi.

BEREGU lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei memulakan Kejohanan Badminton Masters Jepun di Kumamoto pada Selasa dengan langkah kanan.

Gandingan nombor lapan dunia itu menepati ramalan apabila mudah membenam cabaran pasangan Taiwan, Lin Bing Wei-Su Shing Heng secara straight set pada kejohanan berstatus Super 500 tersebut.

Iklan
Iklan

Juara Jelajah Dunia tiga kali itu cuma mengambil masa 32 minit untuk menang 21-12, 21-17 pada aksi pusingan pertama di Gimnasium Kumamoto Prefectural.

Nur Izzuddin-Sze Fei sebelum ini meraih tiga gelaran bermula Terbuka Jepun, Terbuka China dan Terbuka Artik di Finland.

Iklan

Nur Ariyn-Wee Kiong mara ke pusingan kedua selepas menewaskan gandingan Taiwan, Chang Ko Chi-Chen Xin Yuan.

Pearly (kanan) dan Thinaah terpaksa akur tewas kepada pasangan tuan rumah dalam aksi pusingan pertama Masters Jepun pada Selasa. Foto Bernama

Bagaimanapun skrip berbeza menimpa beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah apabila terpaksa menelan kepahitan setelah kalah mengejut kepada pasangan bukan pilihan dari negara tuan rumah, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto pada pusingan pertama.

Iklan

Pasangan negara yang berada di ranking ketujuh dunia tewas pada set pertama 9-21, namun bangkit dalam saingan berikutnya 21-14 untuk mengheret aksi ke permainan penentuan.

Pada satu ketika pilihan kelima kejohanan itu sudah berada di ambang kemenangan, tetapi terpaksa akur tumpas 21-23 dalam permainan selama satu jam itu.

Sebagai rekod, ia adalah pertemuan kali pertama melibatkan kedua-dua pasangan itu.