Upah yang lumayan lebih RM20,000 menyebabkan seorang penghantar makanan sanggup memperjudikan nyawanya menjadi 'keldai dadah' dengan membawa syabu sebanyak 24.5 kilogram syabu menerusi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Suspek lelaki berusia 24 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), pada jam 8.30 pagi Khamis lalu selepas pemeriksaan dilakukan terhadap dua bagasi yang dibawanya mengandungi syabu bernilai kira-kira RM800,000.