Usaha Malaysia untuk tekan Israel mengikut Piagam PBB - Geostrategis

Iklan
Khemah untuk penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Bandar Gaza, utara Semenanjung Gaza. Foto Xinhua

KUALA LUMPUR - Kenyataan negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi pada Isnin merupakan usaha Malaysia dalam menekan Israel dalam hal berkaitan dengan Gaza.

Geostrategis, Prof Dr Azmi Hassan berkata, mengikut Perkara 6 piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ahli atau sesebuah negara boleh disingkir jika sudah melanggar piagam PBB, tidak menghormati kedaulatan negara lain, menggunakan kekerasan untuk mendapatkan sesuatu dari negara lain serta tidak menghormati hak penduduk untuk menentukan masa depan mereka.

Iklan
Iklan

"Ketiga-tiga ini telah dilanggar Israel bukan sekali dua malah sudah banyak kali dengan apa berlaku di Gaza dan Lubnan.

"Dari segi asas piagam (PBB), Israel boleh disingkir tetapi tidak pernah ada negara disingkir oleh PBB,” katanya dalam video yang dimuatnaik di Facebook beliau.

Iklan

Menurut Azmi, Afrika Selatan hampir disingkir daripada PBB apabila seluruh dunia menentang dasar apartheid sehingga negara berkenaan digantung daripada badan dunia itu.

Perdana Menteri dalam kenyataan negara di Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi menyeru masyarakat dunia untuk membina kesepakatan bagi menggantung atau menyingkirkan Israel daripada keanggotaan PBB.

Iklan

Anwar turut mengulangi bahawa tindakan Israel telah melampaui batas kewarasan dan kemanusiaan dengan melakukan genosid terhadap rakyat Palestin. - Bernama