KUCHING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak telah merampas lebih 11 tan barang kawalan bersubsidi yang dipercayai cuba diselewengkan di sebuah premis di Kampung Stungkor, Lundu, kira-kira 54 kilometer dari sini, semalam.
Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata, rampasan tersebut melibatkan 9,864 kilogram (kg) gula pasir kasar dan 2,078kg minyak masak yang dianggarkan bernilai RM33,307.40.