LAHAD DATU - Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun dipercayai menjadi runner kepada sindiket pengedaran dadah jenis syabu di daerah ini, dalam serbuan di tepi jalan Lorong I-Peak, Jalan Lahad Datu-Tungku di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, suspek yang tidak bekerja itu ditahan pada 12.45 tengah hari bersama dadah seberat 3.055 kilogram, dianggarkan bernilai RM131,050.