Apabila biasa pada yang buruk
Iklan
BARU-baru ini tular betapa sebuah gerai menjual donut susu mempromosi produk mereka dengan cara tidak semenggah. Mereka berlakon dengan gaya orang kesurupan.
Mimik muka, berdiri secara menonggek dan perkataan-perkataan yang digunakan seperti berayaq (berair) dan jet (memaksudkan semburan) membawa konotasi seksual.
Ramai netizen mengkritik cara mempromosi yang buruk itu. Mereka yang berkenaan memberi respons kononnya untuk menjelaskan maksud berair dan jet itu untuk menunjukkan kualiti donut. Pendekatan 'double meaning' sering digunakan sebagai jalan keluar apabila pendekatan begitu menjadi isu.