Berapa banyak mangsa lagi?
Iklan
AWANG sokong sangat pandangan banyak pihak bahawa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) perlu overhaul.
Macam kereta juga. Dalam hal UPNM ibarat kereta yang baru 16 tahun umurnya, tapi dalamnya dah macam reput dan rosak. Paling sedih adalah soal akhlak dan etika pelajarnya.
Awang kagum dengan moto UPNM, ‘Kewajiban, Maruah, Integriti’. Hebat! UPNM patutnya jadi institusi yang penuh berdisiplin dan melatih pelajar yang jadi harapan bangsa dalam bidang ketenteraan.