Pukul pelajar: Warden akui kesilapan, bersedia mohon maaf
Iklan
Klip video tular membabitkan seorang warden asrama yang dikatakan memukul seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di sini. Gambar kecil: Dr Salmee
ALOR SETAR - Warden sebuah asrama sekolah menengah yang dikatakan memukul seorang pelajar bersedia memohon maaf kepada ibu bapa pelajar tersebut dalam masa terdekat.
Exco Pendidikan Kedah, Dr Salmee Said berkata, kedua-dua pihak tidak mahu kes berkenaan berpanjangan dan mengambil keputusan bersemuka bagi menjernihkan keadaan.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun katanya, kes berkenaan masih dalam siasatan polis.
"Pihak warden mengakui kesilapannya yang agak kasar terhadap pelajar tersebut dan bersedia mohon maaf. Satu sesi kaunseling juga akan diadakan kepada warden, pelajar dan ibu bapa terbabit,” katanya, kepada Sinar Harian hari ini.
Iklan
Sejak Ahad, tular video berdurasi 20 saat mengenai seorang warden yang hilang kawalan ketika memarahi seorang pelajar dan bertindak menampar, menendang dan mencekik pelajar berusia 16 tahun di sekolah berasrama itu sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.
Dr Salmee berkata, pada malam 1 Februari lalu, seorang pelajar menceroboh bilik asrama bersama beberapa pelajar lain dan mengugut untuk memukul seorang pelajar lain ekoran tidak puas hati ketika aktiviti pembentangan pada hari yang sama.
Iklan
"Kejadian itu turut dilihat oleh beberapa pelajar lain dan mangsa yang diugut kemudian memaklumkan perkara itu kepada seorang jawatankuasa biro asrama. Warden berkenaan seterusnya memanggil pelajar terbabit untuk mendapatkan penjelasan sebelum berlaku kejadian seperti klip video tersebut,” katanya.
Menurutnya, pada masa sama seorang pelajar sempat merakam kejadian itu dan tersebar di laman sosial.
"Klip video itu akhirnya sampai ke pengetahuan ibu bapa mangsa yang membuat laporan polis pada 8 Februari lalu,” katanya.
Dr Salmee berkata, pelajar terbabit telah dibawa menjalani rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah sejurus selepas kejadian manakala guru itu diambil keterangan.
"Buat masa ini pihak sekolah membekukan tugas guru itu selain mengadakan perjumpaan dengan semua pihak. Guru itu juga dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.
Menurutnya, semua pihak dinasihatkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menangani isu seumpama itu.
"Seorang pendidik tidak seharusnya bertindak kasar dengan pelajar, mendidiklah dengan sabar dan penuh kasih sayang. Jika mahu menghukum tujuannya adalah untuk mendidik bukan mencederakan pelajar,” katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam