Remaja perempuan hilang selepas ke kedai runcit

Iklan
Che Nor Qurratu Aini berusia 14 tahun didapati hilang sejak seminggu lalu selepas keluar ke kedai runcit di Kampung Semut Api, Kota Bharu.

Iklan
Iklan

KOTA BHARU - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai hilang selepas keluar ke kedai runcit sejak 7 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud bagaimanapun berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan orang hilang di Kampung Semut Api di sini pada Selasa lebih kurang jam 1.15 petang.

Iklan

"Menurut ahli keluarga, remaja yang dikenali sebagai Che Nor Qurratu Aini Mohd Zaidi itu telah keluar dari rumah sejak Khamis lalu lebih kurang jam 5 petang untuk ke kedai runcit.

"Tetapi sehingga ke hari ini masih belum pulang ke rumah," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Iklan

Menurut beliau, semasa keluar dari rumah Che Nor Qurratu memakai baju blaus berwarna hitam, berkulit sawa matang serta berketinggian lebih kurang 150 cm.

Ujarnya, usaha mengesan remaja berkenaan masih dijalankan dan sehubungan dengan itu, pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan individu berkenaan untuk terus menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Mohd Azmey Mohd Yunus di talian 017-3430221 atau 09-7752200.