KPDN serbu rumah, rampas petrol untuk diseludup

Iklan
KPDN Kelantan menyita 275 liter petrol selepas menyerbu sebuah rumah di jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor, Tumpat pada Isnin.

TUMPAT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita 275 liter petrol selepas menyerbu sebuah rumah di jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor di sini pada Isnin.

Serbuan jam 5.54 pagi itu dilakukan hasil maklumat risikan menerusi Operasi Bersepadu Membanteras Ketirisan Barangan Kawalan Bersubsidi bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor.

Iklan
Iklan

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, hasil serbuan terbabit telah menemukan 11 tong jenis jerikin yang berisi minyak petrol dengan anggaran nilai RM563.75.

Hasil serbuan terbabit telah menemukan 11 tong jenis jerikin yang berisi minyak petrol dengan anggaran nilai RM563.75.

Iklan

"Kami juga turut membuat sitaan terhadap sebuah kereta jenis Proton Iswara yang telah diubah suai dengan tangki tambahan untuk tujuan penyeludupan bahan bakar.

"Bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Iklan