Angkara penyokong, Bayern didenda RM708,456

Iklan
Penyokong membakar suar ketika aksi Piala Jerman yang menemukan Bayern dan Ulmz Ogos lalu. Foto Agensi

ANGKARA penyokong, gergasi Bundesliga, Bayern Munich didenda sebanyak 150,000 euro (RM708,456) selepas peminat mereka membuat kacau mengganggu keraian kelab itu ketika menjuarai Piala Jerman di Ulmz Ogos lepas.

Denda tersebut dikenakan oleh Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) dan Bayern menerima dengan terbuka keputusan badan pentadbir tersebut.

Iklan
Iklan

Dalam perlawanan tersebut Bayern menang 4-0 ke atas Ulmz dalam saingan pada 17 Ogos lalu.

"Pada minit ke-46 perlawanan Piala DFB penyokong Munich menyalakan sekurang-kurangnya 70 suar dan empat kotak bunga api.

Iklan

"Sebahagian daripada suar dan bunga api itu diarahkan ke padang, menyebabkan gangguan selama lebih kurang tiga minit dalam perlawanan akibat asap tebal," kata DFB dalam satu kenyataan.

DFB juga memaklumkan bahawa daripada jumlah berkenaan, kelab boleh memperuntukkan sehingga €50,000 (RM236,152) untuk langkah-langkah keselamatan atau pencegahan keganasan.

Iklan

"Perkara tersebut perlu disahkan kepada DFB sebelum 30 Jun 2025," katanya.

Bayern yang ketika ini memimpin liga akan berdepan juara bertahan, Bayer Leverkusen dalam pusingan ke-16 Piala Jerman pada 4 Disember depan.