Wanita dicekup bersama tiga spesies burung

Iklan
Seorang wanita dicekup Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan selepas dipercayai menyimpan tiga spesies burung.

BACHOK - Seorang wanita diberkas oleh anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan selepas dipercayai menyimpan tiga spesies burung iaitu Murai Batu, Luris Leher dan Kunyit Pacat dalam serbuan di Kampung Dusun Durian Tawang, di sini pada Selasa.

Suspek berusia 25 tahun itu ditahan jam 5.45 petang semasa penugasan Op Bersatu Khazanah bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di sebuah premis.

Iklan
Iklan

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan menemui seekor burung Luris Leher, Kunyit Pacat (tujuh) dan 11 ekor Murai Batu dalam premis terbabit tanpa dokumen penyimpanan rasmi daripada Perhilitan.

Suspek berusia 25 tahun itu ditahan jam 5.45 petang semasa penugasan Op Bersatu Khazanah bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di sebuah premis.

Iklan

"Anggaran nilai rampasan bernilai hampir RM39,750 dan kes disiasat bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

"Suspek ditahan untuk membantu siasatan dan barangan rampasan dibawa ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Bachok untuk tindakan selanjutnya," katanya pada Rabu.

Iklan

Menurut beliau, PGA dan Perhilitan akan terus mempergiatkan usaha bagi melindungi hidupan liar dari terus terancam di dalam negara.