Dakwaan skandal rasuah ADUN Sabah: Pemberi, penerima suapan punca Sabah mundur

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu. (Gambar kecil: Datuk Aliakbar Gulasan, Razif Abdillah)

KOTA KINABALU - Pas Sabah berharap pemberi dan penerima rasuah mendapat hukuman yang setimpal jika wujud perlakuan rasuah melibatkan dakwaan skandal Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini.

Pesuruhjayanya, Datuk Aliakbar Gulasan berkata, perlakuan pemberi dan penerima rasuah adalah punca Sabah menjadi mundur ketika ini.

Iklan
Iklan

"Saya tidak ingin mengulas soal kesahihan rakaman tersebut. Bagaimanapun, perbuatan rasuah merupakan satu malapetaka besar kepada manusia kerana boleh menyebabkan kerosakankepada sistem pentadbiran.

"Islam mendidik penganutnya bahawa harta haram itu bukan sahaja berdosa kepada semua yang digunakan olehnya, sehinggakan menjadi umpan neraka yang membakar dirinya.

Iklan

"Sebab itu dalam Islam perbuatan rasuah termasuk dalam senarai dosa-dosa besar," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, Aliakbar berkata, Pas Sabah berharap pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes ini sehingga ke akar umbi.

"Pas Sabah mengharapkan pemberi dan penerima rasuah mesti dihukum dengan setimpal dan sewajarnya. Selamatkan negara daripada pengkhianat dan penipu, maka akan sejahteralah Malaysia dan seluruh rakyatnya," katanya.

Iklan

Dakwaan skandal rasuah melibatkan beberapa ADUN Sabah mengegarkan negara selepas rakaman suara didakwa milik seorang ADUN tular di medoa sosial baru-baru ini.

Dakwaan itu berkaitan sogokan kontraktor terhadap ADUN yang terlibat bagi mendapatkan projek di negeri ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Sabah, Razif Abdillah berkata, SPRM boleh memulakan siasatan segera tanpa perlu menunggu sehingga laporan berkaitan dakwaan kes rasuah itu dibuat di pejabat agensi tersebut.

"Kita harus sedar implikasi rasuah melalui salah guna kuasa, penggunaan wang sebagai sogokan kepada sesuatu projek, menjadikan tatakelola atau pentadbiran lemah secara langsung merapuhkan struktur pentadbiran sesuatu negara atau negeri.

"Saya kurang pasti berapa pantas SPRM akan bertindak, namun begitu saya ingin memberi pemahaman sekali lagi kepada rakyat Sabah bahawa SPRM berkuasa di bawah Akta SPRM 2009 (Akta 694) bagi membolehkan siasatan segera dilakukan terhadap kes tanpa perlu menunggu di pejabat sehingga laporan dibuat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya lagi, ketika ini ada pihak yang mula mengkasifikasikan bahawa bukti yang tersebar iaitu klip video suara itu kononnya daripada teknologi kecerdasan buatan (AI).

"Sekuat manapun teknologi yang ada harus dimulai dengan siasatan untuk sebarang pengesahan atau pembuktian yang dimaksudkan itu sahih atau fitnah.

"AI kah, apakah, jika pendekatan secara manual digunakan sekalipun dengan meminta suspek berpontensi melafazkan ayat dengan tonasi yang sama ia akan membantu dalam proses pengesahan," katanya.