Jenazah Tun Daim Zainuddin dibawa keluar dari hospital

Iklan
Van yang membawa jenazah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggalkan pekarangan Hospital Assunta pada Rabu. Foto Bernama

PETALING JAYA - Jenazah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, 86, yang meninggal dunia pagi ini, dibawa keluar dari Hospital Assunta pada jam 11.02 pagi dipercayai untuk dibawa di kediamannya di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Menurut perkongsian keluarga Allahyarham dalam kenyataan, Daim dilaporkan meninggal dunia pada jam 8.21 pagi ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Iklan
Iklan

Jenazah Allahyarham kemudian akan dibawa ke Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta untuk disolatkan selepas solat Asar, menurut perkongsian itu.

Ahli keluarga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang berada di pekarangan Hospital Assunta pada Rabu.

Tinjauan Bernama di Hospital Assunta mendapati beberapa kenderaan yang dipercayai membawa ahli keluarga Allahyarham Daim turut mengiringi van jenazah.

Iklan

Pengamal media mula berkumpul di perkarangan hospital ini seawal 10 pagi susulan pemergian Allahyarham Daim. - Bernama

Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun di sebuah hospital swasta pada Rabu.

Iklan