Laporan Langsung: Tun Daim meninggal dunia

Iklan
Tun Daim Zainuddin -Foto Bernama

Rumusan

Tun Daim Zainuddin meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada pagi Rabu di usia 86 tahun.
  • Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin dilahirkan pada 29 April 1938 di Kedah dan pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan sebanyak dua kali.
  • Kali pertama adalah dari 1984 hingga 1991 di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di mana beliau memainkan peranan penting dalam mengurus ekonomi Malaysia dan melaksanakan pelarasan struktur.
  • Beliau kemudian kembali untuk penggal kedua dari 1999 hingga 2001, sekali lagi di bawah Dr Mahathir, untuk menangani isu ekonomi berikutan krisis kewangan Asia.
  • Daim memainkan peranan besar dalam membantu Malaysia mencapai pembangunan pesat dan melaksanakan dasar-dasar ekonomi yang fokus kepada pengindustrian dan eksport.
  • Di bawah kepimpinannya sebagai Menteri Kewangan, Malaysia menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan beberapa pembaharuan dalam sektor kewangan serta pelaburan infrastruktur.
  • Di luar politik, Daim terlibat dalam pelbagai perniagaan dan pelaburan serta dianggap sebagai salah satu individu yang berpengaruh dalam dunia korporat di Malaysia.
6:12PM

Jenazah Tun Daim selamat dikebumikan

Jenazah Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, 86, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1, kira-kira jam 6.06 petang pada Rabu.

Iklan
Iklan

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.21 pagi di Hospital Assunta,Petaling Jaya akibat strok dan diletakkan di unit rawatan rapi sebelum jenazah dibawa keluar dari hospital berkenaan kira-kira jam 11.02 pagi untuk disempurnakan di kediamannya di Bukit Tunku.

Upacara pengebumian Allahyarham turut dihadiri menteri Kabinet, pemimpin tertinggi negara, pegawai kerajaan dan juga pimpinan politik.

Iklan
Jenazah Tun Daim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1 kira-kira jam 6.06 petang pada Rabu.

Baca Berita

5:18PM

Pengebumian di Tanah Perkuburan Bukit Kiara

Pengebumian Allahyarham Tun Dr Daim Zainuddin di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Iklan

4:54PM

Fadillah, Zahid rakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Daim

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin atas pemergian bekas Menteri Kewangan itu yang meninggal dunia pagi tadi.

Fadillah berkata, walaupun beliau secara peribadi tidak pernah berkhidmat dalam kerajaan bersama Allahyarham, namun berdasarkan perkembangan yang diikutinya, beliau pasti banyak khidmat bakti yang dicurahkan Allahyarham semasa menjadi menteri kabinet.

Fadillah yang tiba di kediaman itu pada 1.30 tengah hari telah meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Fadillah tiba bagi menziarah jenazah bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Persiaran Bukit Tunku hari ini. - Foto: Bernama

Baca Berita

4:28PM

Tun Daim figura berjasa pada negara - Hamzah

Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sebagai figura yang telah banyak berjasa kepada negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, disebabkan Allahyarham, Malaysia pernah terkenal sebagai ‘Harimau Asia’.

Hamzah memaklumkan bahawa pihaknya akan sentiasa menyokong keluarga Allahyarham dan legasi menentukan masa hadapan negara yang lebih baik.

Baca Berita

4:11PM

Tun Daim individu penting tangani cabaran ekonomi negara

Pemergian bekas Menteri Kewangan keenam Tun Daim Zainuddin hari ini adalah satu kehilangan bukan sahaja kepada negara, malah kepada komuniti perniagaan terutama dalam sektor perbankan dan hartanah.

Allahyarham yang dilahirkan pada 29 April 1938 di Alor Setar, Kedah merupakan anak bongsu daripada 13 beradik.

Beliau yang menerima pendidikan awal di Seberang Perak Malay School di Alor Setar kemudiannya melanjutkan pelajaran di sekolah aliran Inggeris Kolej Sultan Abdul Hamid dan menamatkan pendidikan menengah atas di St Xavier’s Institution, George Town, Pulau Pinang.

Baca Berita

4:04PM

Jenazah Tun Daim tiba di masjid untuk disolatkan

Suasana pilu menyelubungi ahli keluarga serta sahabat handai yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Dr Daim Zainuddin pada Rabu.

Solat jenazah yang dilaksanakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini jam 4.40 petang menyaksikan lebih 1,000 orang hadir menunaikan fardu kifayah tersebut.

Anak saudara Allahyarham, Ali Imran memimpin solat jenazah dan imam Masjid Wilayah Persekutuan membacakan doa.

Jenazah Daim dibawa dari kediamannya di Persiaran Bukit Tunku untuk disolatkan di Masjid Wilayah hari ini. Foto Bernama

Baca Berita

3:50PM

Solat jenazah di Masjid Wilayah Persekutuan

Situasi terkini solat jenazah bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Dr Daim Zainuddin di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur

3:40PM

Jenazah Tun Daim dibawa ke Masjid Wilayah Persekutuan

Jenazah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dibawa ke Masjid Wilayah Pesekutuan untuk solat jenazah kira kira pukul 3.30 petang.

2:35PM

PM ucap takziah kepada keluarga Tun Daim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah seluruh ahli keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin.

2:00PM

Kematian Tun Daim, TPR akan putuskan tindakan kes seterusnya

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan bahawa Timbalan Pendakwa Raya (TPR) akan memutuskan tindakan seterusnya berhubung kes melibatkan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Dr Daim Zainuddin.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berikutan kematian Allahyarham Tun Daim pada pagi Rabu.

Azam berkata, tindakan seterusnya akan diputuskan oleh TPR, setelah perbincangan dilakukan oleh pihak SPRM bersama pihak terbabit.

Tan Sri Azam Baki

Baca Berita

12:47PM

Negara kehilangan 'mutiara' yang tiada galang ganti

Pemimpin kerajaan dan pembangkang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi Rabu, dan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar yang tiada ganti buat negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Daim terkenal sebagai tokoh ekonomi dan politik yang banyak menyumbang kepada pembangunan Malaysia dan memainkan peranan penting dalam usaha menstabilkan ekonomi negara semasa krisis ekonomi pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong turut merakamkan ucapan takziah atas pemergian Daim sambil mengimbau kenangan bertemu dan berbincang dengannya.

Baca Berita

12:44PM

Dewan Rakyat bertafakur, sedekah Al-Fatihah kepada Tun Daim

Persidangan Dewan Rakyat bertafakur selama seminit bagi menghormati kematian bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pada pagi Rabu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebelum itu bangkit memaklumkan mengenai pemergian tokoh politik berkenaan dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut menambah, Allahyarham merupakan pejuang tulen yang banyak berjasa.

Hamzah sebelum itu bangkit memaklumkan mengenai pemergian tokoh politik berkenaan dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Baca Berita

12:35PM

Dr Zulkifli kongsi momen bersama Tun Daim

Pemergian bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin pada usia 86 tahun disifatkan sebagai satu kehilangan besar seorang tokoh ternama yang tiada galang gantinya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang turut terkesan dengan berita duka itu berkongsi momen dengan Daim sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, pertemuan bersama tokoh politik dan ahli perniagaan itu berlangsung di Menara Ilham, Kuala Lumpur.

Baca Berita

12:25PM

Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga Tun Daim

Timbalan Perdana Menteri mengucapkan takziah seluruh ahli keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin.

12:25PM

Rafizi ucap takziah kepada ahli keluarga Tun Daim

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin.

12:13PM

Jenazah Tun Daim dibawa ke kediamannya

Bernama melaporkan van yang membawa jenazah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggalkan pekarangan sebuah hospital swasta untuk dibawa ke kediamannya di Bukit Tunku hari ini.

11:48AM

'Saya kehilangan sahabat pejuang agama, bangsa dan negara' - Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau kehilangan sahabat yang sama-sama berjuang untuk agama, bangsa dan negara susulan kematian bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Menurutnya, khabar duka pemergian Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin amat menyedihkan.

"Daim meninggal dunia pagi ini (Rabu). Saya kehilangan sahabat yang bersama saya berjuang untuk bangsa,negara dan agama."Saya sedih tidak terhingga. Sepatutnya dia disanjung kerana sumbangannya kepada perjuangan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Tun Dr Mahathir Mohamad

Baca Berita

11:15AM

Fahmi ucap takziah kepada ahli keluarga Tun Daim

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin.

10:10AM

Teo Nie Ching ucap takziah kepada keluarga Tun Daim

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pada pagi Rabu.

Perkara itu dizahirkan Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai sebelum menjawab soalan Dr Kelvin Yii (PH-Bandar Kuching) ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Tun Daim yang meninggalkan kita pagi tadi (Rabu),” katanya.

Tun Daim Zainuddin -Foto Bernama

10:08AM

[VIDEO] Tun Daim Zainuddin meninggal dunia

9:30AM

Tun Daim Zainuddin meninggal dunia

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada pagi Rabu di usia 86 tahun.

Perkara berkenaan disahkan peguam, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar yang mewakili Daim dan isterinya, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dalam kes mahkamah.

Menurut Gurdial, tokoh politik dan ahli perniagaan itu dimasukkan ke hospital sejak dua minggu lepas.

"Betul, beliau meninggal dunia dan akan dikebumikan hari ini. Tun mengalami strok baru-baru ini dan diletakkan di unit rawatan rapi. Belum ada maklumat lanjut,” katanya.

Allahyarham Tun Daim Zainuddin

Baca Berita