Buli di set penggambaran: Ahmad Idham minta maklum pada pengarah

Iklan
Kenyataan yang dibuat Idham menerusi Insta Story miliknya.

PENGARAH dan pelakon berpengalaman, Dr Ahmad Idham menempelak kenyataan pelakon baharu yang mendakwa gejala buli antara pelakon senior dan junior di set penggambaran masih berlaku sehingga hari ini.

Ujar Ahmad Idham, 50, kenyataan yang dikeluarkan pelakon berkenaan mungkin kerana dia masih belum memahami apa itu lakonan.

Iklan
Iklan

"Awak merepek apa? Bila masa ada isu buli daripada pelakon senior?

"Mungkin awak tidak faham perbezaan antara dibuli dengan isu pelakon baharu macam awak yang tak faham apa itu lakonan,” ujarnya menerusi hantaran di Insta Story miliknya.

Iklan

Tambah pengarah Anak Perjanjian Syaitan 2 itu, sekiranya benar wujud unsur buli di set penggambaran, mangsa seharusnya melaporkan kejadiaan itu kepada pengarah dan bukannya kepada media.

"Kepada anda yang masuk industri tanpa ilmu ini, saya hendak maklumkan, pengarah adalah ketua kapal di set penggambaran.

Iklan

"Sekiranya ada insiden buli oleh pelakon senior seperti dikatakan, boleh sahaja maklumkan kepada pengarah bukannya kepada pihak media.

"Nak dapat publisiti pun janganlah sampai wujudkan persepsi negatif ya,” tegas Ahmad Idham.