15 maut, 14 cedera pertempuran antara banduan di penjara

Iklan
Seorang lelaki gagal dalam rayuan terakhirnya apabila Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan kerana melakukan rompakan berkumpulan. Gambar hiasan

BUENOS AIRES - Seramai 15 orang maut dan 14 lagi cedera dalam pertempuran antara banduan di sebuah penjara di Ecuador, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa penjara negara itu, SNAI pada Selasa.

Iklan
Iklan

Menurut SNAI, situasi di penjara di bandar pelabuhan Guayaquil di pantai Pasifik itu telah kembali berada di bawah"kawalan sepenuhnya".

SNAI berkata,"kontinjen besar" anggota polis dan tentera telah dikerahkan untuk"menjamin keselamatan dan mencegah insiden selanjutnya."

Iklan

Pihak berkuasa itu menambah bahawa ia akan menyiasat kejadian berkenaan. - Bernama

Iklan