Masalah peribadi disyaki punca anak bunuh ibu

Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Rusdi

KUALA LUMPUR - Masalah peribadi disyaki menjadi punca seorang lelaki dipercayai tergamak membunuh ibu dan menyimpan mayat wanita itu di dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, bagaimanapun pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Iklan
Iklan

"Kita akan melaksanakan pemeriksaan cap jari atau ujian asid deoksiribonukleik (DNA), walaupun suspek mengaku sebagai anak mangsa," katanya dalam sidang akhbar di sini, pada Rabu.

Rusdi berkata, proses bedah siasat akan dilaksanakan pada Rabu bagi mengenal pasti punca kematian.

Iklan

"Suspek berusia 53 tahun itu direman selama tujuh hari bermula Rabu hingga Selasa bagi membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, tidak ada individu yang membuat laporan polis tentang kehilangan mangsa.

Iklan

"Semakan mendapati suspek yang juga penganggur, tiada rekod jenayah, status kesihatannya pula kita masih menunggu laporan pihak hospital," ujarnya.

Pada Selasa media melaporkan perbuatan lelaki berusia 50-an itu terbongkar selepas kediamannya di Taman OUG di sini, diperiksa pasukan polis yang menerima panggilan daripada suspek kira-kira 9 pagi.

Difahamkan, suspek menghubungi talian kecemasan kerana tidak sihat dan pasukan yang tiba dimaklumkan mengenai mayat ibunya disimpan dalam peti sejuk beku.

Menurut sumber, suspek mendakwa membunuh wanita berusia 80-an itu di kediamannya pada 2021.

Suspek mendakwa menghadapi masalah kewangan apabila kehabisan wang simpanan selain mempunyai masalah kesihatan kronik.

Sepasukan polis telah menahan suspek di lokasi kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.