Dua suspek pecah tabung, curi duit madrasah diburu polis

Iklan
Video tular memaparkan dua lelaki disyaki terlibat dalam kes pecah dan curi duit tabung di sebuah madrasah di Kampung Baru Ampang, di sini, pada Ahad.

AMPANG - Polis mengesan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pecah dan curi duit tabung di sebuah madrasah di Kampung Baru Ampang di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail berkata, kejadian itu disedari oleh salah seorang ahli jawatankuasa Madrasah berusia 72 tahun setelah melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada jam 9 pagi.

Iklan
Iklan

"Rakaman itu memaparkan dua lelaki yang memakai pelitup muka telah masuk ke dalam madrasah dan mengumpil tabung serta mengambil wang.

"Berdasarkan rakaman CCTV, kejadian berlaku pada jam 2 pagi, pengadu mengesyaki suspek masuk ke dalam madrasah dengan memanjat tembok dinding," ujarnya.

Iklan

Menurutnya, hasil siasatan lanjut juga mendapati beberapa video dan gambar berkaitan kejadian itu telah tular di media sosial.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Iklan