Ahli Parlimen dilarang guna perkataan 'kurang ajar' dalam Dewan Rakyat - Johari

Iklan
Johari Abdul

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menetapkan perkataan 'kurang ajar' tidak boleh digunakan dalam Dewan Rakyat.

Tegas beliau, larangan itu dibuat selepas merujuk kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang mendapati perkataan tersebut membawa maksud tidak sopan, buruk atau pun kasar budi pekertinya.

Iklan
Iklan

"Oleh demikian, mulai saat, masa dan hari ini, saya tidak membenarkan mana-mana ahli (Dewan rakyat) menggunakan perkataan kurang ajar dan saya define (takrifkan) perkataan ini sebagai unparliamentary (tidak berparlimen).

"Jadi, saya berharap Yang Berhormat mengambil perkara ini secara serius dan apa juga yang berlainan daripada itu, saya ingat itu bukan takrifan saya.

Iklan

"Maka, kurang ajar tidak boleh digunakan dalam Parlimen ini,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Pemakluman dibuat Johari itu bagi menjawab surat yang ditulis Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang meminta penjelasannya mengenai penggunaan perkataan 'kurang ajar'.

Iklan

Dewan Rakyat sebelum ini kecoh seketika susulan perkataan 'kurang ajar' keluarkan seorang ahli Parlimen kerajaan yang ditujukan kepada blok pembangkang.

Susulan itu, Shahidan bangkit mempersoal penggunaan perkataan tersebut.