KUCHING - Polis berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 10.4 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM332,800 dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Matang di sini pada Isnin lepas.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, semasa serbuan itu, seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun yang didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine turut ditahan.