Isu Palestin: Kerajaan Kelantan nyata pendirian

Iklan
Tentera Israel semasa operasi di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza. Foto Xinhua (Gambar kecil: Mohamed Fadzli)

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menyatakan pendirian agar Amerika Syarikat menghentikan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pendirian itu dinyatakan dalam pertemuan bersama Duta Besar Amerika Syarikat, Edgard D Kagan pada Selasa.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, dalam pertemuan sama, mereka turut membincangkan mengenai isu kekejaman Israel dan rakyat Kelantan yang sentiasa bersama Palestin.

"Pertemuan itu memberi peluang kita menyampaikan pendapat dan tentangan rakyat terhadap kekejaman di Palestin," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Exco pada Rabu.

Iklan

Selain itu, beliau memberitahu, Kelantan menyokong gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pemimpin dunia untuk menyingkirkan Israel daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Anwar pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi Isnin lalu, menyeru pemimpin dunia sepakat menggantung atau menyingkirkan Israel daripada keanggotaan PBB atas tindakan Israel yang melampaui batas kewarasan dan kemanusiaan dengan melakukan genosid terhadap rakyat Palestin.

Iklan

Beliau juga menyeru supaya memberi bantuan kemanusiaan dan membuka ruang kepada negara lain untuk membantu rakyat Palestin.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Fadzli memberitahu, tiada rakyat Kelantan yang belajar atau bermastautin di Lubnan yang ketika ini turut diserang zionis.

"Bagaimanapun, kita berharap semua rakyat di negara itu mendapat perhatian antarabangsa untuk menghentikan peperangan," katanya.