Tun Daim figura berjasa pada negara - Hamzah

Iklan
Hamzah (tiga dari kanan) antara ahli politik yang hadir menziarah jenazah bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Persiaran Bukit Tunku hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sebagai figura yang telah banyak berjasa kepada negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, disebabkan Allahyarham, Malaysia pernah terkenal sebagai ‘Harimau Asia’.

Iklan
Iklan

"Ini semua merupakan jasa-jasa yang telah beliau lakukan untuk negara,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pekarangan kediaman Allahyarham di Bukit Tunku pada Rabu.

Dalam pada itu, Hamzah memaklumkan bahawa pihaknya akan sentiasa menyokong keluarga Allahyarham dan legasi menentukan masa hadapan negara yang lebih baik.

Iklan

Menurutnya, perjuangan yang Allahyarham tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana begitu banyak jasa yang telah diberikan untuk negara.

"Oleh itu, kami di pihak pembangkang ingin merakamkan benar-benar rasa takziah dan ingin memohon kepada semua rakyat, mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dirahmati ALLAH SWT.

Iklan

"Beliau akan dikenang sampai bila-bila sebagai seorang pejuang agama, bangsa dan negara,” ujarnya.

Sebelum ini, Daim menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.21 pagi di Hospital Assunta, Petaling Jaya.

Jenazah kemudiannya dibawa pulang ke kediaman di Bukit Tunku bagi upacara penghormatan terakhir dan disolatkan di Masjid Wilayah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1.