MP Kepong gesa laksana segera pelantikan ahli majlis Kuala Lumpur

Iklan
Lim Lip Eng

KUALA LUMPUR - Seorang ahli Parlimen kerajaan mencadangkan supaya pelantikan ahli majlis Kuala Lumpur segera dilaksanakan.

Lim Lip Eng (PH-Kepong) berkata, langkah itu penting memandangkan hampir semua negeri mempunyai sistem berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya mohon mencadangkan satu reformasi utama yang sangat penting dan kritikal untuk penduduk di ibu kota iaitu pelantikan ahli majlis di Kuala Lumpur.

"Semua negeri di Malaysia daripada yang terkecil hingga yang terbesar telah melaksanakan sistem pelantikan ahli majlis kecuali Kuala Lumpur.

Iklan

"Sesungguhnya saya berpendapat tiada alasan untuk Kuala Lumpur tidak melaksanakan sistem ini. Hal ini (juga) menimbulkan persoalan jika negeri lain boleh melaksanakannnya tapi mengapa tidak di Kuala Lumpur,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 Peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat pada Rabu.

Sebelum ini, DAP Wilayah Persekutuan mencadangkan untuk memperkenalkan reformasi dengan melaksanakan sistem pelantikan ahli majlis untuk Kuala Lumpur bagi memastikan tadbir urus yang baik.

Iklan

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Lip Eng turut menggesa kerajaan menyenaraikan lima reformasi utama yang bakal dilaksanakan demi kebaikan negara.

Ujarnya, usaha tersebut penting menjelang 24 bulan kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah bumbung reformasi.

"Saya juga memohon Kerajaan Madani menetapkan garis masa bagi setiap reformasi yang dicadangkan,” katanya.