8 cedera dalam kebakaran di kilang penapis Indian Oil di Uttar Pradesh

Iklan
Sekurang-kurangnya lapan orang cedera dalam kebakaran di kilang penapis Indian Oil Corporation Ltd di Mathura, negeri Uttar Pradesh di utara India - Foto: Agensi

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya lapan orang cedera dalam kebakaran di kilang penapis Indian Oil Corporation Ltd di Mathura, negeri Uttar Pradesh di utara India.

Kebakaran berlaku pada petang Selasa ketika permulaan unit penyulingan mentah loji itu berikutan penutupan penyelenggaraan, menurut kenyataan Indian Oil pada Rabu.

Iklan
Iklan

Lapan pekerja mengalami kecederaan akibat melecur dalam kejadian di kilang penapisan yang berkapasiti lapan juta tan metrik setahun (MTPA) itu.

"Loji dan jentera tidak mengalami sebarang kerosakan, dan aktiviti penapisan diteruskan seperti biasa,” kata syarikat milik kerajaan itu.

Iklan

Api besar dapat dilihat dari jarak beberapa kilometer selepas letupan kuat berlaku di loji Mathura, lapor media tempatan.

Ini adalah kejadian kebakaran kedua di kemudahan Indian Oil minggu ini.

Iklan

Dua orang maut selepas kebakaran dalam tangki simpanan benzena pada Isnin di kilang penapis 13.7 MTPA milik syarikat itu di Vadodara, Gujarat di barat India. - Bernama