Gaduh hingga maut di asrama kilang, empat lelaki warga Myanmar ditahan

Iklan
Polis menahan empat lelaki warga Myanmar yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan sehingga menyebabkan kematian rakan senegara di bilik asrama sebuah kilang di Bakri. Gambar hiasan (Gambar kecil: Raiz Mukhliz)

MUAR - Polis menahan empat lelaki warga Myanmar yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan sehingga menyebabkan kematian rakan senegara di bilik asrama sebuah kilang di Bakri.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, laporan mengenai kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan warga asing itu diterima pada jam 10.30 malam Selasa.

Iklan
Iklan

"Pergaduhan itu menyebabkan seorang lelaki warga Myanmar cedera parah dan kemudian meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HSPF).

"Susulan itu, empat lelaki warga Myanmar berusia 24 hingga 35 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Iklan

"Tindakan mengesan suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan. Punca pergaduhan masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan pada malam Rabu.

Menurut Raiz Mukhliz, empat suspek direman selama tujuh hari bermula Rabu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Iklan

Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.