Pencemaran udara terburuk di Pakistan

Iklan
Sukarelawan awam Pakistan mengedarkan pelitup muka kepada orang ramai yang melalui jalan raya di Lahore.

LAHORE - Di jalan raya sekitar Lahore, bandar kedua terbesar Pakistan telah menyaksikan asap tebal menyelubungi seluruh kawasan sehingga mengakibatkan mata sakit dan dan kerongkong kering.

Dalam rumah, segelintir penduduk terpaksa membeli pembersih udara bagi mengehadkan mereka menghidu zarah toksik yang masuk melalui pintu dan tingkap.

Iklan
Iklan

Lahore, sebuah bandar padat didiami 14 juta penduduk mempunyai deretan kilang yang dibina bersempadan dengan India yang turut mengalami pencemaran udara terburuk di dunia.

Seorang lelaki dilihat sedang bersenam ketika pencemaran udara teruk di Lahore.

Susulan pencemaran itu, sekolah terletak di wilayah Punjab terpaksa ditutup sehingga 17 November depan sebagai usaha pantas mengurangkan kanak-kanak terdedah dengan asap ketika mereka berulang-alik dari sekolah.

Iklan

"Kanak-kanak sering batuk dan mempunyai alahan berterusan. Di sekolah, kami menyaksikan ramai kanak-kanak jatuh sakit," kata Rafia Iqbal iaitu seorang guru sekolah rendah berusia 38 tahun yang menetap di bandar bersempadanan dengan India.

Suaminya Muhammad Safdar, seorang pengiklanan profesional yang berusia 41 tahun, berkata tahap pencemaran 'menjadikan kehidupan harian sukar diteruskan'.

Iklan

"Kami tidak boleh bergerak ke mana-mana atau keluar ke luar rumah," katanya.

Menurut Skala Indeks Kualiti Udara (AQI) antarabangsa, nilai indeks 300 atau lebih tinggi keputusan adalah 'berbahaya' kepada kesihatan penduduk Pakistan, secara kerap pernah mencecah skala lebih 1,000.

Di Multan, sebuah lagi bandar didiami beberapa juta penduduk yang terletak kira-kira 350 kilometer dari Lahore telah merekodkan paras AQI melepasi 2,000, dianggap paling mengejutkan dan tidak pernah dilihat oleh penduduk yang tidak percaya sebelum ini.

Susulan peningkatan AQI, akses ke zoo, taman permainan, monumen bersejarah, muzium dan kawasan rekreasi diharamkan sehingga 17 November manakala kenderaan awam seperti tuk-tuk dengan enjin dua lejang dan restoran yang mengendalikan berbeku tanpa penapis asap telah diharamkan di Lahore.

AWAN BERACUN

Campuran pelepasan bahan api gred rendah dari kilang dan kenderaan dengan diburukkan lagi oleh pembakaran jerami pertanian ketika tibanya musim sejuk.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan bahawa pencemaran udara boleh mencetuskan strok, penyakit jantung, kanser paru-paru dan penyakit pernafasan lain.

Pesakit dirawat di hospital Lahore akibat terdedah dengan pencemaran udara.

Kanak-kanak dan bayi dan orang tua adalah golongan paling terdedah akibat pencemaran ini.

Sebagai usaha mengurangkan pencemaran udara, tahun lepas kerajaan Punjab telah menguji hujan buatan bagi mengurangkan asap dan tahun ini kaedah menggunakan trak menyembur air di jalanan juga tidak membuahkan hasil.

Justeru, kaunter khas pesakit yang terdedah dengan pencemaran asap telah ditubuhkan di klinik di seluruh wilayah, dengan 900 orang dimasukkan ke hospital di Lahore setakat pada hari Selasa.

Seorang doktor yang bertugas selama 15 tahun, Dr Qurat ul Ain berkata, beliau tidak pernah menyaksikan situasi terburuk di bilik kecemasan sebelum ini.

"Tahun ini asap jauh lebih banyak daripada tahun sebelumnya dan bilangan pesakit yang mengalami kesannya juga lebih besar.

"Kami memberitahu orang ramai untuk tidak keluar rumah dan sebaliknya memakai topeng. Kami juga menggesa kanak-kanak supaya tidak menyentuh mata mereka dengan tangan," katanya kepada AFP.

Doktor Alia Haider, juga seorang aktivis iklim, menyeru kempen kesedaran untuk pesakit yang tidak mengetahui bahaya asap.

Katanya, kanak-kanak dari kawasan kejiranan miskin adalah mangsa pertama kerana mereka sepanjang hidup mereka sering terdedah dengan pelbagai jenis bahan pencemar udara.

"Kami terperangkap dalam racun buatan kami sendiri. Ia seumpama seperti awan gas menyelubungi ruang udara bandar," katanya. - AFP