Nilai tambah RTG

Iklan
Mohd Sadek

MALAYSIA perlu memperkasa sukan baharu untuk memecah kebuntuan pingat emas Sukan Olimpik tanpa terlalu bergantung kepada sukan tradisi seperti badminton dan berbasikal trek.

Ia melibatkan sukan individu seperti kanu, papan selaju, memanjat dinding dan luncur ombak, selain renang, olahraga, memanah dan angkat berat.

Iklan
Iklan

Penganalisis sukan, Mohd Sadek Mustaffa melihat, program Road To Gold (RTG) yang melibatkan dua kitaran Olimpik iaitu Paris 2024 dan Los Angeles 2028 (LA28) perlu melangkaui satu lagi temasya iaitu Brisbane 2032.

Beliau berkata, persediaan perlu dibuat segera menerusi perancangan rapi, bersistematik dan dinamik untuk tempoh lapan tahun mendatang.

Iklan

Malah tambahnya, selain pendedahan yang lebih kerap buat atlet di peringkat antarabangsa, Malaysia juga perlu menganjurkan lebih banyak pertandingan kompetitif bertaraf dunia di negara ini.

"Sukan Olimpik 2024 memberi banyak pengalaman buat Malaysia. Sukan badminton sewajarnya membawa emas di Paris, begitu juga dengan berbasikal trek.

Iklan

"Usah toleh ke belakang, terus bergerak ke hadapan dengan memperkasa sukan baharu. Misalnya sukan memanjat dinding, Indonesia sudah jauh ke depan. Mereka membuat persediaan awal untuk ke Paris.

"Ketika tuan rumah Jepun pada 2014 mengumumkan sukan itu dipertandingkan di Tokyo 2020, Indonesia sudah memulakan langkah (memperkasa sukan memanjat dinding) dan hasilnya mereka meraih emas di Paris.

"Berapa lama persiapan mereka (Indonesia) 10 tahun bermula 2014 dan hasilnya di Paris,” katanya kepada Sukan Sinar.

Mohd Sadek yang juga pensyarah kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam berkata, bukan menafikan sumbangan badminton dan skuasy yang akan dipertandingkan di LA28, namun cabaran untuk meraih emas amat sengit.

Katanya, ia susulan persediaan rapi negara pencabar seperti China,Korea Selatan, Denmark dan Perancis, selain Mesir buat skuasy.

"Selepas Paris banyak negara menyusun semula strategi mereka untuk pemain-pemain badminton. Begitu juga dengan skuasy, di mana ranking pemain kita? Mesir misalnya, mereka mempunyai tiga pemain perseorangan yang mantap,” katanya.

Tambah Mohd Sadek, bagi sukan angkat berat, olahraga dan renang pendedahan yang lebih kerap ke kejohanan antarabangsa perlu dilakukan bagi memastikan mereka meraih pengalaman dan matang menjelang temasya LA28 dan Brisbane.