Presiden Peru akan berkunjung ke Malaysia pada akhir tahun depan - PM

Iklan
Anwar semasa Perjumpaan Dua Hala dengan Presiden Dina Ercilia di Dewan Tupac Amaru di Istana Kerajaan di sini hari ini. Foto Bernama

LIMA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra telah menerima jemputan beliau untuk berkunjung ke Malaysia dan akan berbuat demikian pada akhir tahun depan.

"Saya telah menjemput Presiden Dina Ercilia untuk berkunjung ke Malaysia dan beliau menerima jemputan saya,” katanya selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan pemimpin itu di Istana Kerajaan di sini pada Rabu.

Iklan
Iklan

Beliau juga berkata, mesyuarat itu adalah susulan pertemuan pertama mereka di luar Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC di San Francisco, Amerika Syarikat pada November 2023.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Perdana Menteri ke negara Amerika Latin itu sejak menyandang jawatan berkenaan pada 2022.

Iklan

Lawatan Anwar, termasuk penyertaan beliau dalam Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31 dari 14 hingga 16 November, dijangka memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Peru.

Peru, sebuah negara di barat Amerika Selatan, bersempadan dengan Ecuador dan Colombia di utara dan Brazil di timur.

Iklan

Lima, ibu negara Peru dengan populasi 11.36 juta, menjadi tuan rumah mesyuarat APEC buat kali ketiga selepas 2008 dan 2016. - Bernama