Adik bongsu CEO MPI meninggal dunia

Iklan
Allahyarham Afniz Anila meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

SEREMBAN - Adik kepada Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Ainol Amriz Ismail iaitu Afniz Anila, 49, meninggal dunia di bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaafar di sini pada Khamis.

Menurut Ainol Amriz, Allahyarham yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik meninggal dunia jam 4.05 pagi akibat komplikasi jantung.

Iklan
Iklan

"Saya diberitahu oleh anak-anaknya yang arwah dibawa ke hospital selepas mengadu sakit belakang dan muntah kira-kira jam 2 pagi.

"Ketika dirawat di ICU, arwah disahkan meninggal dunia.

Presiden Alumni Karangkraf, Rodly Fadly dan Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas, Hashim Anang sempat ziarah Dan mengucapkan takziah kepada Ainol Amriz

Iklan

"Arwah sebenarnya dah lama ada masalah jantung. Pada 6 Oktober lalu, saya kehilangan adik lelaki kedua juga disebabkan masalah jantung," katanya dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Menurutnya, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuala Pilah (Batu 6) selepas solat Zohor.

Iklan