[VIDEO] Dakwaan skandal rasuah ADUN Sabah: Kenapa terus kepada media, bukan SPRM?

Iklan

KOTA KINABALU - Tindakan pihak yang mendakwa berlaku unsur rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah menimbulkan persoalan kerana ia tidak dilaporkan terus kepada pihak berkuasa sebaliknya didedahkan terus kepada media.

Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Joniston Bangkuai berkata, jika wujud unsur tersebut kenapa tidak terus dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Iklan
Iklan

"Kalau betul ada kesalahan dan kalau yakin bahawa mereka melakukan kesalahan, mengapa perlu melalui media dan mengapa tidak terus pergi kepada SPRM?

"Ini ibarat kamu mahu mencuri rumah orang, adakah kamu beritahu pemiliknya, saya mahu curi rumah kamu. Jadi itu yang saya lihat dalam perkara ini.

Iklan

"Kalau kita ikhlas dalam menyelesaikan isu ini, terus ke SPRM bukan kepada media sebab bila terus kepada media, kamu menimbulkan tanda tanya," katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang akhbar Regatta Lepa, di sini, pada Khamis.

Joniston

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan ADUN Sabah yang dikaitkan dengan rasuah termasuk melibatkan ADUN dari GRS.

Iklan

Beliau mengandaikan dakwaan tersebut disebabkan kerajaan GRS yang memimpin Sabah ketika ini berfungsi dengan baik.

"Hanya kerana kerajaan buat dengan baik, ini saja yang boleh jejaskan reputasi dan kekuatan (GRS), sebab kita tahu sokongan pada GRS makin meningkat.

"Bagaimapun, kita serahkan kepada pihak SPRM. Seperti yang dinyatakan Ketua Menteri kita serahkan kepada SPRM untuk siasat dan biar siasatan itu menyeluruh," katanya.

Joniston yang juga merupakan ADUN Kiulu menolak bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan diadakan lebih awal susulan isu tersebut.

"Tidak, kerajaan kini fokus dan kita masih ada sehingga Oktober tahun depan, kenapa kita sia-siakan dengan semua perkara yang ada di media sosial, kenapa tidak kita hanya fokus.

"Adakah semua ini bertujuan untuk mengganggu tumpuan kita supaya kita terlari daripada fokus kita untuk membangunkan negara tapi kerajaan sekarang komited untuk bawa perubahan dan ini membuatkan ramai yang risau kerana kerajaan buat dengan baik," katanya.