UMSC kukuhkan kedudukan sebagai hospital rujukan perubatan

Iklan
Noor Azuan (empat dari kanan) yang diiringi Norzaiton (empat dari kiri) bergambar selepas menyempurnakan gimik perasmian Simposium Klinikal Antarabangsa UMSC 2024 di Kuala Lumpur pada Khamis. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

KUALA LUMPUR - Hospital kuatenari primer Malaysia di bawah naungan Universiti Malaya (UM), UM Specialist Centre (UMSC) memperkukuhkan kedudukan sebagai hospital rujukan perubatan pada Simposium Klinikal Antarabangsa yang pertama kali dianjurkannya.

Simposium bertemakan ‘Sinergi dalam Penjagaan Kesihatan Kuatenari’ itu yang dihadiri seramai 150 pakar klinikal tempatan juga menjadi penanda aras baharu untuk hospital universiti.

Iklan
Iklan

Naib Canselor UM, Profesor Datuk Seri Dr Noor Azuan Abu Osman berkata, sinergi berkenaan membolehkan UMSC bertindak sebagai penghubung dengan membawa penemuan akademik yang terkini secara terus ke dalam arena klinikal.

Noor Azuan FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

"Melalui integrasi ini penemuan penyelidikan diterjemahkan kepada perubatan termaju, menambah baik penjagaan kesihatan pesakit dan rawatan perubatan yang inovatif.

Iklan

Menerusi simposium itu, UMSC melibatkan 15 doktor pakar mereka sebagai moderator dan penceramah termasuk dua doktor pakar dari National University Hospital (NUH), Singapura.

Simposium turut membincangkan amalan perubatan terkini dalam Pembedahan Kardiotorasik, Otorinolaringologi (ENT), Gastroenterologi, Nefrologi, Neurologi, Bedah Saraf, Onkologi dan Respiratori.

Iklan

Peserta turut diberikan penerangan tentang rawatan terkini bagi penyakit parkinson, kegagalan buah pinggang, tumor otak dan penyakit kompleks lain melalui pembentangan daripada pakar dalam setiap bidang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif UMSC, Norzaiton Senusi berkata, penganjuran simposium klinikal antarabangsa berkenaan mencapai semua jangkaan pihaknya dalam perancangan, pelaksanaan dan juga jumlah penyertaan.

Katanya, simposium tersebut menjadi asas untuk menghubungkan komuniti penjagaan kesihatan tempatan UMSC.

"Pada masa hadapan, kami berhasrat untuk memperluas rangkaian, menggalakkan penyertaan delegasi antarabangsa untuk mengembangkan kolaborasi, perkongsian ilmu dan kerjasama global. Simposium seterusnya akan lebih menekankan kepada pendekatan topik yang lebih spesifik,” ujarnya.

Norzaiton menambah, sebagai pusat rujukan perubatan utama bagi penjagaan kesihatan kuatenari, UMSC kerap menganjurkan program pendidikan klinikal berterusan untuk meningkatkan pemahaman tentang rawatan termaju yang terdapat di Malaysia.

Menurutnya, inisiatif itu dijangka menarik minat dari negara jiran dan seterusnya meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan.

"Walaupun dengan 109 katil, reputasi UMSC untuk kekal cemerlang dan melangkaui jangkauan dengan menerima pesakit dari Indonesia, India, China, Singapura, Bangladesh dan sebagainya.

"Keyakinan pelancong kesihatan terhadap penjagaan kesihatan kami telah menyumbang sehingga lapan peratus bagi pendapatan tahunan UMSC, membuktikan kualiti dan dedikasi yang kami berikan kepada setiap pesakit,” kata beliau.