Simulasi Latihan Kecemasan

Iklan

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Pasukan Simpanan Persekutuan, Unit Tempur Ringan dan Unit Tindakan Rusuhan Awam beraksi pada simulasi latihan kecemasan Full Scale Airport Emergency Exercise (FXS) of Labuan Airport (LBU) 2024 di kawasan tempat letak kenderaan Lapangan Terbang Labuan hari ini.

Latihan kecemasan FXS itu memaparkan situasi rusuhan, penyelamatan mangsa rusuhan dan situasi kebakaran.

Iklan
Iklan

Latihan menyeluruh itu bertujuan bagi menguji kesiapsiagaan anggota keselamatan di Lapangan Terbang Labuan dalam menangani suatu kejadian kecemasan disamping memberi pendedahan dan meningkatkan koordinasi bersama agensi berkaitan.

Program latihan berkenaan dianjurkan oleh Malaysia Airport Berhad (MAB) dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan, TUDM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, PDRM Labuan, CGSO, CAAM, Jabatan Kesihatan Labuan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) Lapangan Terbang Labuan dan beberapa agensi lain berkaitan. Foto Bernama

Iklan
Iklan