Penunggang motosikal maut nahas tiga kenderaan

Iklan
Penunggang motosikal melanggar bahagian belakang lori yang rosak di lorong kecemasan.

KULAI - Seorang penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di kilometer (KM) 43.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan motosikal Yamaha FZ150, lori Hino dan kereta Proton Waja.

Iklan
Iklan

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal, seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun hilang kawalan dan melanggar belakang lori yang mengalami kerosakan di lorong kecemasan.

"Dalam masa sama, kereta jenis Proton Waja yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun tidak sempat mengelak motosikal yang telah jatuh di atas jalan.

Iklan

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini, untuk bedah siasat.

Pemandu lori dan pemandu kereta pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Ruslan Mohamed di talian 013-3063710 atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai bagi membantu siasatan.